tag:blogger.com,1999:blog-56805363510083657042023-11-15T06:44:38.774-08:00Memerhati Ayat-Ayat Allah Yang Terbentang LuasMEMERHATI AYAT-AYAT ALLAH YANG TERBENTANG LUAS.... SAUJANA MATA MEMANDANG....
PERKONGSIAN CERITERA KEHIDUPAN MENCARI MASAGENA DARIPADA ALLAH AZZA WAJALLA.... YA ALLAH, AMPUNILAH KAMI KERANA SESUNGGUHNYA KAMI SERING LUPA.... AMPUNILAH KAMI ATAS SEGALA DOSA KAMI YANG ENGKAU LEBIH MENGETAHUINYA DARIPADA KAMI SENDIRI.... AMPUNILAH KAMI KERANA LUPA AKAN KEAGUNGANMU YA ALLAH.INI ADALAH DARI KEMULIAAN TUHANKUhttp://www.blogger.com/profile/15722519898333454514noreply@blogger.comBlogger8125tag:blogger.com,1999:blog-5680536351008365704.post-39549914588058325572012-03-16T23:18:00.000-07:002012-03-17T02:07:58.106-07:00Kisah "KOK LIMA DING" "Kok lima ding... kok lima
ding... kok lima ding..." Aba mengulang-ulang tanpa henti dari
tadi. Kaki montoknya yang putih gebu membawanya sebentar ke depan dan
sebentar ke dapur di rumah kongsi kecil itu. Kadang-kadang dia
bertepuk tangan. Terbayang di wajahnya bahawa dia sedang berseronok.

"Kok lima ding... kok lima ding... kok lima ding..." Aba yang baru
belajar menyebut beberapa perkataan meneruskan nyanyiannya dengan suara
yang nyaring. Jenak tidak dapat mempastikan lagu atau irama apa yang
cuba didendangkan. Lidah Aba terlalu pelat, hingga liriknya pun menjadi
tanda tanya kepada Jenak.

"Tak apalah dia menyanyi, bukannya sakit," bisik hati Jenak sambil
terus mengacau adunan cendol pandan asli di atas bara api. Besok
hari gajian, banyak lagi kerja yang perlu Jenak sesesaikan. Empat orang
anaknya ke sekolah. Tinggal Sia, Aba dan Ada di rumah. Pada umur tiga tahun lebih, Sia yang lemah-lembut, sudah
boleh diharap menghinjut buaian Ada.

Adun duduk sebaris sepanjang dinding dengan tujuh orang anak
jiran-jiran mereka. Mereka baru hendak memulakan sesi mengaji Qur'an petang itu.
Sam, Aya dan Una mengawasi mereka. Sam sudah khatam sebanyak empat kali, Aya tiga kali, dan Una dua kali. Sekarang mereka boleh menolong Jenak mengajar anak-anak mengaji lain membaca
Muqaddam dan Qur'an besar. Dengan cara itu anak-anaknya bertiga itu juga dapat mengulang bacaan masing-masing.
Alhamdulillah.

"Kok lima ding... kok lima ding... kok lima ding..." Aba meluru dari
dapur dan terus duduk di sebelah Aya. Jenak terpinga-pinga seketika,
tetapi membiarkan saja. Wajah Aba serius dan matanya bulat
berkaca-kaca. Aya bangun tanpa kata-kata, lalu mengambil kain dan
menutup lutut Aba. Aya faham bahawa jika duduk di hadapan Qur'an,
hendaklah menutup lutut. Aya tak banyak cakap, tapi agak skema orangnya. Jenak tersenyum simpul.

"Fafahhamnaahaa Sulaimaana.........." anak-anak mula membaca doa. Jenak mendengar dengan teliti..... Doa ini agak panjang, namun Jenak memaksa semua anak mengaji untuk menghafalnya kerana fadhilah penerangan hati yang sangat besar. Dia juga menasihati mereka agar membaca doa ini untuk pelajaran di sekolah.

"Kok lima ding!!!" tiba-tiba suara Aba mengatasi suara anak-anak
lain. Jenak terkejut. Barulah dia faham bahawa "kok lima ding" ialah
"bihaqqi Muhammadin". Rupa-rupanya selama ini, Aba yang berumur dua
tahun tujuh bulan itu selalu pasang telinga apabila anak-anak belajar
Al-Qur'an. "Bihaqqi Muhammadin" adalah perkataan Arab pertama yang disebutnya walaupun dengan telornya yang istimewa dan tersendiri.

"Muhammad itu sangat benar anakku. Baginda ialah Rasulullah, penutup
sekalian nabi, insan yang sungguh berjasa menyampaikan Islam sebagai
rahmat kepada sekalian Alam ini. Ya Allah, berikanlah kefahaman Islam
kepada semua anakku, kerana itu adalah kebaikan yang terunggul yang
Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang terpilih," Jenak berbisik sendirian sambil
memanjatkan doa kepada Allah Rabbul Jalil.

Tiga Tahun Kemudian...........

"MasyaAllah, MasyaAllah...." Timah sangat terharu. Sia membaca Surah Adh-Dhuha dengan suara yang sangat lunak dan merdu. Bacaannya bertajwid dan sangat tartil. Sungguh enak pada pendengarannya. Matanya tertumpu kepada Sia anak kelima Bahar dan Jenak yang manis sekali dengan pakaian khatam Qur'an ala pengantin. Sesekali Timah menyapu air matanya. Tiada kesalahan bacaan yang dilakukan oleh Sia.

"Allah, Allah, Allah...." Lija, biras Jenak mengangguk-ngangguk takjub mendengar Surah Al-Insyirah yang dibacakan oleh Aba, adik Sia. Matanya tidak berkedip-kedip memandang Aba yang dihias cantik sekali seolah-oleh pengantin kecil. Sesekali dia juga menyapu matanya yang basah. Suara Aba begitu nyaring dan penuh keyakinan. Tiada kesalahan bacaan yang dilakukan oleh Aba juga.

"Boleh dorang berdua khatam sekali ya, Kak Jenak," Lija seolah-olah meminta kepastian, sambil menjamah pulut kuning dan kari ayam kampung. Di atas "pelamin" mereka, Sia dan Aba juga sedang makan pulut kuning. Kedua-duanya duduk dan makan dengan sopan sekali, walaupun duduk di tempat yang sungguh istemewa pada majlis itu. Bahar dan Jenak mengajar anak-anak mereka bersopan selalu, khususnya di hadapan tetamu yang datang ke rumah.

"Sia sudah lapan bulan tamat Qur'an. Sepatutnya kita buat Khatam Qur'an untuk dia sebelum masuk darjah satu hari tu. Tapi, Si Aba tu, bersungguh-sungguh hati dia nak khatam dengan kakaknya. Dia yang rajin betul membaca sampai enam kali, kadang-kadang lapan kali sehari. Dia kan belum sekolah, banyaklah masanya setiap hari. Penat jugak kita dibuatnya. Kakak-kakak dan abangnyalah yang selalu memerhatikan bacaannya setiap hari. Kalau ikutkan membaca empat kali sehari, bulan enam tahun depan baru dia boleh khatam tu," Jenak memberi penjelasan panjang dan lebar.

"Kuat kemahuannya si Aba tu. Apa dia mahu, dia usaha betul-betul," Timah pula mencelah dengan nada yang agak serius.

"Ya Timah, dia bermula dengan kok lima ding saja," kata Jenak disambut gelak ketawa oleh mereka yang mengetahui kisah kok lima ding.

INI ADALAH DARI KEMULIAAN TUHANKUhttp://www.blogger.com/profile/15722519898333454514noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5680536351008365704.post-41975437119523496342012-02-23T23:22:00.001-08:002012-02-24T03:28:14.551-08:00Kelas Jahitan

"Sabtu pagi depan ni, mula cuti sekolah hujung tahun. HD akan mula kelas jahitan di sini, terbuka untuk semua ibu-ibu dan anak-anak perempuan. Mak Sam dan anak-anak boleh ikut belajar juga," kata Bahar sambil menyuap nasi dengan berselera. Pucuk ubi masak lemak, ikan goreng dan sambal belacan memang kegemarannya.

"Sam nak ikut belajar. Aya nak tak? Kita masuk dua orang," Sam memberi respon segera sebelum sempat Jenak berkata apa-apa. Sam memang selalu cepat dan tangkas. Bahar bangga dengan sikap positif anak sulungnya.

"Una pun nak belajar juga. Mana boleh Kak Sam dan Kak Aya je," Una mencelah. Jenak masih belum berpeluang berkata apa-apa. Bibirnya menguntum senyum dengan keletah Sam dan Una. "Aya macam mana?" tanyanya kepada Aya yang sedang mencubit isi ikan kembong goreng.

"Boleh juga," Aya menjawab perlahan. Aya memang jenis slow and steady orangnya, namun kecerdasannya setanding Sam dan Una.

"Berapa kena bayar, Pak Sam?" Jenak menghalakan soalan kepada Bahar.

"Percuma semuanya. Cuma perlu sediakan kain, benang, dan beberapa alatan sendiri. Mesin jahit disediakan oleh HD. Tempat belajar di sekolah pertanian di belakang tu," Bahar menjelaskan.

"Bagusnya! Una nak jahit baju sendiri, lepas tu tangkap gambar. Boleh buat kenangan," ujar Una dengan gembira.

"Iya, semua nanti belajar buat baju sendiri, dan buat baju adik-adik juga. Lepas tu, kita bergambar satu keluarga. Lebih bagus begitu kan?" Jenak memberi pandangan. Dalam fikirannya dia sudah merancang-rancang kain apa yang baik untuk diberi kepada anak-anaknya. Tentunya mereka tidak boleh berbelanja besar. Tahun hadapan Dun akan masuk Darjah Satu, Una naik Darjah Tiga, dan Aya akan naik Darjah Lima. Sam pula akan melangkah masuk ke Tingkatan Satu. Jenak sudah merancang dan menyediakan wang untuk keperluan sekolah mereka sedikit-sedikit, bulan demi bulan. Wang itu tidak boleh diusik sama sekali.

"Belajar menjahit pagi Isnin, Rabu dan Sabtu mula jam sembilan pagi sampai jam dua belas tengah hari. Winnie kata kena beli kain dua ela setengah untuk buat baju," Sam menyampaikan berita kepada Jenak, sebaik saja pulang dari kelas HD pertama. Sam agak bimbang kalau-kalau mereka tidak mampu membeli kain berkenaan.

"Kain batik boleh?" Jenak minta penjelasan, setelah diam seketika.

"Kain apa pun boleh, kata Winnie, asalkan dua ela setengah, kurang tak boleh," Aya menyambung penjelasan. Dia juga merasakan kebimbangan kakaknya. Dia dan kakaknya sudah mengerti sejak sekian lama bahawa keluarga mereka bukan keluarga senang. Setiap perbelanjaan perlu dirancang sebaik-baiknya.

"Alhamdulillah kalau begitu," kata Jenak sambil bangun menuju ke almari pakaian. Dia mengeluarkan tiga helai kain batik lepas yang kelihatan masih baru kerana sangat jarang digunakan. Anak-anaknya memerhati penuh faham.

"Sekarang, Kak Sam pilih dulu, lepas tu Kak Aya. Yang selebihnya Una punya," Jenak menjelaskan peraturan yang memang sudah sedia difahami oleh anak-anaknya setiap kali mereka perlu membuat pilihan sesama mereka. Jenak mengajar anak-anaknya bahawa yang tua mesti didahulukan sebagai tanda hormat.

"Lain kali, kalau perlu kain lagi, kita akan beli, insyaAllah. Kita akan simpan duit untuk beli kain ya," Jenak memberi harapan pada anak-anaknya.

Jenak bertemu Winnie untuk mengetahui jenis kain yang perlu dibeli untuk projek jahitan seterusnya. Agak banyak juga rupanya. Ada projek baju kanak-kanak, baju kemeja, sarung kusyen, sarung bantal cross stitch dan teddy bear. AlhamdulilLah, bahan-bahan hiasan setiap projek disediakan oleh HD sendiri. Jenak mula merancang kewangan untuk mempastikan anak-anaknya dapat belajar membuat semua projek tanpa ketinggalan satupun. Di luar cuti sekolah, kelas HD akan diadakan pada hari Sabtu sahaja. Jika cuti sekolah, kelas diadakan tiga kali seminggu.

"Ya Allah, murahkanlah rezeki kami, permudahkanlah semua urusan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Kaya lagi Maha Mengetahui," doa Jenak sentiasa kepada Allah Rabbul Jalil.

"Kita ikat reben macam ni," Sam memberi cadangan kepada Aya dan Una. Mereka bertiga sedang bersiap-siap untuk bergambar satu keluarga. Setahun sudah berlalu sejak mereka menyertai kelas HD. Ketiga-tiganya bergaya dengan baju batik buatan sendiri.

"Rambut adik-adik kita ikat macam ni, dan semat kerongsang reben," Aya pula mencadangkan. Tiga beradik masing-masing menyiapkan Sia, Aba dan Ada. Ketiga-tiganya manis serta comel mengenakan gaun tetron biru langit sedondon dengan jahitan smoking di dada. Gaun mereka dijahit oleh kakak-kakak mereka, bersekali dengan rossette reben hiasan rambut.

"Mari sini Adun. Adun berdiri di tengah. Kakak semua di belakang, dan adik-adik di hadapan," Bahar mengatur kedudukan ahli keluarganya. Adun segak mengenakan baju kemeja corak jalur yang dijahit oleh Jenak sendiri. Bahar mengenakan kemeja putih lengan pendek dan bertali leher. Jenak berkebaya buatan sendiri dari kain lace. Semuanya bergaya, segak dan manis sekali.

Bergambar sekeluarga di Kedai Gambar Dahlia di Tanjung adalah sangat bermakna bagi keluarga Bahar. Kenangan yang diabadikan sebagai tanda kesungguhan Jenak dan Bahar mendidik anak-anaknya mencari Masagena. Kenangan yang mengabadikan kesepakatan dan kesepaduan mereka sekeluarga. Kenangan yang sangat manis bagi Sam, Aya dan Una, lebih manis daripada madu. Mereka bertiga telah tamat kelas HD anjuran Jabatan Pertanian. Kenangan yang pastinya tidak akan padam dari ingatan mereka buat selama-lamanya.

Bahar dan Jenak berdoa agar kemahiran yang mereka perolehi akan membantu dalam kehidupan anak-anaknya pada hari-hari mendatang. Setidak-tidaknya akan dapat mengurangkan perbelanjaan menyediakan pakaian hari raya dan keperluan rumah tangga mereka kelak.

"Ya Allah, lapangkan kehidupan kami anak-beranak di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami dari azab api nerakaMu," doa Jenak dan Bahar setiap kali selepas solat.

INI ADALAH DARI KEMULIAAN TUHANKUhttp://www.blogger.com/profile/15722519898333454514noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5680536351008365704.post-37577064944534574022012-01-25T19:17:00.000-08:002012-01-25T23:56:56.173-08:00Anglia ST 363

Dari tadi mata Jenak mengikuti pergerakan dua buah kereta itu. Sekali sekala dia memerhatikan Sam membersihkan ikan. Aya sedang memarut kelapa dengan berhati-hati. Una melayani dua adiknya Sia dan Aba, sambil menjaga Ada yang sedang belajar merangkak. Adun ikut bapanya sejak pagi lagi. Mereka keluar bersama Udin selepas sarapan.

"Ada orang sesat barangkali. Jarang ada kereta sampai ke sini melainkan jip pertanian. Cari siapa agaknya?" Sam bersuara.

Jenak mengangguk saja. Nasi yang ditanak sedang dikeringkan dengan bara api. Sekejap lagi dia boleh memasak sayur dan menggoreng ikan. Sementara itu, dia menyediakan sambal belacan dan membakar ikan masin di atas bara api. Bau ikan masin bakar wangi semerbak.

Dua buah kereta itu berhenti.

"Itu bapa, Bang Udin dan Adun la mak," Aya bersuara agak kurang percaya. Tangannya berhenti dari memarut kelapa. Sam juga berhenti menyiang ikan.

Cepat-cepat Jenak mengangkat ikan masin dari bara api, lalu menuruni tangga dapur. Sam dan Aya meninggalkan kerja masing-masing dan mengikut Jenak, masing-masing diselubungi tanda tanya. Una tercegat di pintu dapur sambil menggendong Ada. Sia dan Aba asyik dengan permainan mereka.

"Alhamdulillah, ini kereta kita, bapa baru beli," Bahar memberi penjelasan. Wajahnya girang, kegirangan yang menular ke wajah Jenak dan anak-anaknya.

"Kereta bapa, ye. Kereta bapa, ye...." Adun mengelilingi kereta Anglia dengan nombor ST 363 itu sambil menyanyi nyaring. Adun memang anak yang sungguh periang. Bahar senyum meleret melihat gelagat Adun.

"Semua urusan sudah selesai Makcik, alhamdulillah, tambahan pula dibayar dengan wang tunai. Tengok ni, kereta baru berkilat, plastik pun belum buang," ujar Udin tersenyum lebar sambil mengusap bumbung kereta wagon hijau muda itu.

"Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak, Udin. Kau yang banyak tolong kami. Kalau harapkan kami, apalah yang kami tahu," sambut Jenak. Dia amat bersyukur. Sudah berbulan-bulan dia dan suaminya berbincang mengenai pembelian kereta. Kenderaan memang sangat mereka perlukan. Alhamdulillah, hajat mereka untuk berkereta kini tercapai.

"Ya Allah, jadikanlah kereta ini bermanfaat sepenuhnya pada jalan kebaikan," doa Jenak.

"Petang ini, insyaAllah, bapak akan mula bawa teksi sapu di Tanjung. Jadi, lepas kerja nanti, siapkan nasi ya, bapak nak makan dulu," Bahar mengingatkan Jenak, sambil mengenakan sepatu.

"Agak malam balik jam berapa?" tanya Jenak.

"Tak tau nak kata lagi. Hari ni hari pertama bapa turun, semua kena tengok keadaan. Malam ni ada wayang tengah malam. Doakan saja, semoga Allah murahkan rezeki kita dan diberikan kemudahan," Bahar berpesan.

"Dah jam sepuluh, bapak belum balik lagi. Sudah dua malam bapak keluar malam. Malam tadi Aya tak sedar bapak balik jam berapa. Bapak ke mana ya?" Aya berbisik kepada kakaknya Sam. Jenak sedang membaca Al-Qur'an dekat dengan buaian Ada.

"Bapa cari rezeki di Tanjung. Malam tadi jam dua baru bapak balik. Kesian bapak, siang kerja, malam pun kerja," Sam berbisik balik kepada Aya memberi penjelasan.

"Mak pun kesian juga. Hari gajian mesti buat jualan... mak dengan bapa pandai cari duit kan?" Aya berbisik lagi.

"Itulah, kita mesti rajin sekolah, rajin belajar. Kita mesti tolong mak, dia tu bukan berapa sihat, tapi tak pernah duduk diam," Sam memberi nasihat kepada adiknya sambil menarik selimut rapat ke bawah dagu. Dia sangat mengantuk. Kedinginan malam betul-betul terasa. Di luar sana, hujan renyai belum berhenti sejak maghrib lagi.

Jenak berhenti membaca Al-Qur'an dan memeriksa selimut anak-anaknya. Enam orang anaknya tidur sebaris di atas lantai berlapikkan tikar. Anak-anaknya belum pernah mengenal hidup mewah sampai sekarang. Rumah kongsi tiga ruang tempat mereka berlindung sudah cukup selesa bagi mereka. Sebelum ini mereka biasa tidur berlantaikan nibong dan buluh.

"Ya Allah, peliharalah anak-anakku semua daripada kejahatan jin dan manusia, daripada kejahatan syaitan dan iblis. Kurniakanlah kami kehidupan dunia dan kehidupan akhirat yang baik, jauhkanlah kami dari azab api neraka," Jenak berdoa dengan doa yang diamalkannya setiap hari, siang dan malam.

INI ADALAH DARI KEMULIAAN TUHANKUhttp://www.blogger.com/profile/15722519898333454514noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5680536351008365704.post-58152635558372465782012-01-20T07:02:00.000-08:002012-01-23T05:19:20.389-08:00Memandu, Kelahiran dan Susu Pekat

"Mana aku ada lesen memandu... memandu pun tak pandai... buat apa beli kereta?" kata Bahar sambil ketawa kecil. Namun hatinya agak teruja dengan cadangan Udin, menantu saudara Halija. Kadang-kadang pemikiran Udin agak maju ke depan, dan agak tidak boleh diterima oleh fikiran.

"InsyaAllah, saya boleh ajar Pakcik memandu kereta, senang sangat. Sementara tu, mulakan dulu urusan beli kereta.... saya sungguh-sungguh ni..." Udin membalas dengan serius apabila melihat Bahar terus tersenyum-senyum tidak yakin.

"Beginilah, sekarang juga Pakcik ikut saya, naik kereta saya, belajar memandu..." Udin mempelawa sambil membuka pintu keretanya.

"Kau ni ada-ada saja Udin... nanti-nantilah aku belajar." Bahar teragak-agak, serba salah menolak pelawaan Udin yang ternyata sangat ikhlas.

"Tak payah nanti-nanti... kita cuba sekarang, Pakcik tidak akan menyesal, insyaAllah. Bayangkan apabila Pakcik boleh memandu, ada kereta sendiri, senanglah mengurus anak dan isteri ke sana-sini apabila diperlukan. Boleh juga jadi punca pendapatan sebelah malam, jadi kereta "pirate"... prebet sapu." Udin terus memujuk.

"Iya juga ya?" Bahar mula bersemangat. Apa saja yang boleh menambah pendapatan untuk keluarga, memang menaikkan semangatnya.

"Mandor ada lesen memandu? Kita ada jawatan kosong untuk pemandu." Mr. Chin tiba-tiba bertanya apabila Bahar naik ke pejabat suatu pagi di awal bulan.

"Ada Mr. Chin, ada, baru dapat lesen memandu bulan lepas. Ini dia..." jawab Bahar girang sambil mengeluarkan lesen memandunya yang sangat baru. Hatinya tiba-tiba terasa berbunga-bunga wangi kerana terlalu gembira.

"Wah! Ini sangat bagus! Mula besok Mandor jadi pemandu bawa HD masuk kampung ajar jahit dan masak. Gaji ada tinggi sikit dan ada elaun perjalanan. Kita kasi satu jip untuk Mandor bawa dan jaga betul-betul. Sekarang pergi pada kerani untuk isi borang dan belajar isi buku log perjalanan." Mr. Chin memberi arahan sambil tersenyum lega. Senyum yang lebar di wajah Bahar sudah cukup sebagai tanda persetujuan. Masalahnya mencari pemandu selesai sekelip mata. Mencari mandor baru bukan satu masalah yang besar bagi Mr. Chin. Siapa-siapa pun boleh jadi mandor. Tapi tidak semua orang boleh jadi pemandu.

"Ya Allah, Engkau yang melorongkan aku ke jalan ini. Alhamdulillah...." bisik Bahar di dalam hati.

"Una, bangun nak... bangun..." Bahar mengejutkan Una yang sedang nyenyak tidur. Jam menunjukkan hampir jam satu pagi.

Una bangkit terpinga-pinga. Sam dan Aya sedang menolong emak mereka Jenak.

"Una ikut bapa dan mak ke rumah sakit ya, teman mak. Mak nak beranak adik baru." Bahar memberi penjelasan dengan hati berdebar-debar sambil menjeling ke arah Jenak yang nampak sedang kesakitan. Bukan itu saja, Jenak sedang tumpah darah! Setiap langkahnya meninggalkan tompok darah di atas lantai rumah, darah mengalir turun dengan banyaknya!! Kecut hatinya melihat keadaan itu.

"Ya Allah, tolong Jenak ya Allah, tolong Jenak, tolong kami ya Allah..." Doanya tidak putus-putus.

"Sam dan Aya jaga adik-adik, bersihkan darah dan siapkan tempat tidur mak." Arah Bahar sambil bergegas memimpin Jenak masuk ke dalam jip Jabatan Pertanian. Una membawa beg Jenak dan duduk di belakang. Dia masih terpinga-pinga dan membisu seribu bahasa. Apalah yang boleh diucapkan oleh anak berumur sembilan tahun tatkala melihat ibunya dalam keadaan yang begitu asing baginya? Keadaan yang cukup menakutkan. Apa yang mampu dilakukan olehnya? Dia hanya taat pada suruhan bapanya, walaupun hatinya dipenuhi seribu tanda tanya. Kedinginan malam mula terasa.

"Pegang kuat-kuat ya nak. Bapa bawa jip laju ni," Jenak sempat memperingatkan Una apabila dia boleh berkata-kata di celah kesakitannya. Mulutnya kumat-kamit berzikir. Hati sanubarinya memanjatkan doa tidak putus-putus ke hadhrat Allah Azzawajalla, memohon bantuanNya.

Sebelum waktu subuh, Bahar sudah mengazankan anaknya yang terbaru, seorang bayi perempuan. Lengkap tujuh orang anaknya kini, enam orang perempuan dan seorang lelaki.

"Kuterima rezki pemberianMu dengan segala kesyukuran, ya Allah. Aku bersyukur Engkau telah selamatkan kedua-duanya. Aku bersyukur aku sudah ada lesen memandu ya Allah. Sesungguhnya Engkau maha mengetahui dan maha pengatur..." antara munajatnya di subuh hari 20 Jun itu.

"Kau nampak agak sihat Mak Sam. Tak macam mula-mula kami datang
dulu, nak bercakap pun tak daya." Kata Mak Ros sambil memicit-micit
kaki Jenak.

"Iya kan? Ngeri kami apabila Pak Sam kata kau tumpah darah. Syukurlah sempat ke rumah sakit kan?" Mas pulak menyampuk.

"Alhamdulillah. Kamu tau, naik saja atas katil beranak tu, aku dah tak
boleh tahan. Misi kata, tunggu, tunggu, saya nak pakai apron!!! Tapi,
macam mana nak tahan? Aku beranak juga...... kesian dia, habis baju
putihnya kena darah. Baik betul Misi Cina tu, dia ketawa, tak marah
pun. Tapi, aku kena tambah darah banyak juga, sebab tu lima hari di
rumah sakit." Jenak menceritakan pengalamannya. Wajah misi baik hati
itu masih terbayang jelas di ruang matanya. Tabung darah yang silih
berganti disambungkan ke lengannya juga, masih terasa sakitnya sampai
sekarang.

Adik ipar dan kawan-kawannya diam sejenak mendengar cerita Jenak.

"Siapa namanya ni?" Timah, Mak
Ros dan Mas bertanya serentak, lalu berpandangan sesama sendiri, lalu
sama-sama ketawa. Jenak ketawa perlahan sesuai perempuan dalam pantang
tiga puluh hari. Geli hatinya melihat gelagat mereka. Mereka
menziarahinya buat kali kedua selepas pulang dari
rumah sakit. Mereka adalah kawan-kawan rapatnya, kawan-kawan baiknya,
selalu berkongsi susah dan senang bersama.

"Namanya Aida," jawab Jenak sambil mengusap pipi bayinya.

"Botol apa ni Kak Jenak? Macam botol
ubat rumah sakit. Banyaknya Kak Jenak makan ubat." Timah memegang
sebuah dari beberapa botol di dalam bekas.

"Itu la, Ada ni, tak mau dia menyusu
badan. Dibancuhkan susu cap junjung juga tak mau. Kami cuba-cuba letak
susu pekat di lidahnya, masyaAllah, mau dia hisap, terus berhenti
menangis. Botol kecil tu botol susu dia lah."

"Tak bahayakah Mak Sam? Susu tu kan manis?" Mak Ros menyuarakan kebimbangan.

"Entahlah. Kita berserah saja pada Allah Taala. Mudah-mudahan dia sihat." kata Jenak bernada pasrah.

Bahar yang mendengar semua perbualan empat sekawan itu mengaminkan doa Jenak. Kebimbangannya dilitupi olah doa yang sentiasa dipanjatkan ke hadhrat Allah Taala, Tuhan yang maha segala-galanya.

INI ADALAH DARI KEMULIAAN TUHANKUhttp://www.blogger.com/profile/15722519898333454514noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5680536351008365704.post-71829945523566339142011-12-31T21:28:00.000-08:002012-01-20T21:06:12.524-08:00Inikah Masagena?

Sudah lapan bulan Bahar bekerja di Jabatan Pertanian dengan gaji RM120 sebulan. Dia sangat bahagia tinggal bersama semua anak dan isterinya di rumah kongsi yang lebih sempurna. Sakit dan demam, susah dan payah, mereka tanggung bersama-sama. Pada mulanya, dia ditugaskan merumput sekeliling pokok-pokok tanaman, kerja yang cukup mudah dan ringan baginya yang sudah biasa bekerja di kem kayu balak. Pada bulan kedua, Mr. Chin meminta dia menebang beberapa pokok kelapa yang sudah tua dengan menggunakan chain-saw dan kapak besar. Betapa girangnya hatinya. Sudah sekian lama dia merindui chain-saw dan kapak besar. Mr. Chin terpukau memerhatikan Bahar mengetuai beberapa rakan kerjanya menebang, memotong dan membersihkan kawasan kerja. Sekarang Bahar sudah bergelar Mandor Bahar, dan elaun tambahan datang bersama gelarannya itu. Dia bersyukur.

Belum sekalipun dia menyesali keputusannya berpindah ke Tanjung dalam satu tahun ini. Malah, dia tetap bersyukur dan berusaha, tetap berusaha dan senantiasa bersyukur dengan segala pemberian Allah 'Azza Wajalla kepadanya dan keluarganya.

Sam sudah masuk darjah lima di Sekolah Inggeris Holy Trinity. Aya sudah darjah tiga dan Una pula dalam darjah satu di Sekolah Kerajaan Bandar. Una tidak menangis masa masuk darjah satu, malah kegembiraan jelas tergambar di wajahnya. Anak-anaknya mudah menyesuaikan diri dan selalu dapat markah tertinggi dalam ujian. Anak-anaknya dikurniakan Allah Taala keinginan sendiri untuk berjaya dalam pelajaran. Bahar dan Jenak tidak pernah menyuruh apatah lagi memaksa mereka mengulangkaji atau membuat kerja sekolah. Mereka belajar dan berusaha sendiri. Semangat untuk menjadi yang terbaik berkobar-kobar dalam diri mereka. Tidak pernah luntur semangat mereka, walaupun setiap hari berjalan kaki pergi dan balik sekolah. Berhujan dan berpanas tidak menghalang mereka untuk hadir sekolah setiap hari. Bahar dan Jenak sangat bersyukur kepada Allah atas segala kurniaNya.

Jenak meneruskan usahanya menyediakan kuih-muih dan cendol untuk jualan anak-anak pada hari terima gaji. Dia juga mengajak dan mengajar anak-anak menanam sayuran dan menternak ayam. Anak-anak jiran, kecil dan besar, belajar membaca Qur'an dengannya. Sebuah bilik rumah kongsi diusahakan oleh Bahar untuk dijadikan surau, dan dia menjadi Imam. Setiap kali bulan Ramadhan menjengah, akan riuhlah surau kecil itu dengan ibadat Solat Tarawih dan selawat ahli jamaah, tua dan muda, kecil dan besar. Kedatangan Bahar dan keluarganya dalam kelompok rumah kongsi itu telah perlahan-lahan menyegarkan kehidupan beragama di kalangan penghuninya. Bahar bersyukur kepada Allah Taala yang Maha Agung, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Belum sekalipun dia menyesali keputusannya...... inikah Masagena yang dicarinya?

INI ADALAH DARI KEMULIAAN TUHANKUhttp://www.blogger.com/profile/15722519898333454514noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5680536351008365704.post-46389185705117835762011-12-31T21:27:00.000-08:002012-01-20T21:05:57.126-08:00Lembaran Baru di Tanjung

Mandor Umar menunggu jawapan Bahar dengan sabar. Bahar masih terkejut. Di wajahnya jelas terpancar perasaan tidak percaya. "RM120 sahaja? Pak Mandor tak salah cakap?" tanyanya sungguh-sungguh. Matanya bulat menatap tepat ke mata bapa angkatnya. Dia berdoa dan berharap di dalam hatinya.

Perasaan belas menyelinap di hati Mandor Umar. "Iya, gaji RM120 sebulan," jawab Mandor Umar dengan suara lembut. "Kau boleh bawa keluarga tinggal percuma di rumah kongsi yang disediakan. Ada lektrik dan ada air bersih, semuanya percuma. Bagus rumahnya tu, dalam kawasan Jabatan Pertanian tu juga," sambungnya cuba memujuk. Bahar tidak memberi respon kerana masih terkejut, ditambah kecewa dan bingung..... perasaan-perasaan jahat yang tidak membolehkan dia berfikir dengan waras. Dia hanya memikirkan gaji yang ditawarkan... "Bagaimana nak menyara keluarga besar dengan gaji RM120 sebulan?" Soalan ini berlegar-legar dalam kepalanya.

Mandor Umar sangat mengerti dan memahami. Dia tahu Bahar biasa dengan gaji empat angka di syarikat kayu balak. Dia juga sangat kenal Jenak yang sangat rajin mengusahakan jualan kecil-kecilan dan bercucuk-tanam, walaupun suaminya bergaji besar. Tapi ini Tanjung, bukannya Sebatik. Susah mendapatkan pekerjaan bergaji besar di Tanjung ini. Dia tidak akan membiarkan Bahar melepaskan peluang terbaik ini. Dia tahu masa depan bekerja di Jabatan Pertanian sangat terjamin. "Bahar!" Dia meninggikan sedikit suaranya, namun diwajahnya tetap ada senyuman.

Bahar terkejut, perlahan-lahan dia kembalikan perhatiannya kepada Mandor Umar. Orang tua ini memang terkenal ikhlas orangnya. Bukan hanya orang Esbok yang mengenalinya, malah seluruh Tanjung mengenali Mandor Umar dan mengetahui kebaikannya. "Macam aku cakap tadi, kau boleh bawa keluargamu tinggal di rumah kongsi yang disediakan. Ada lektrik dan ada air bersih percuma. Rumahnya bagus, dalam kawasan Jabatan Pertanian juga. Kawasannya luas dan boleh bercucuk-tanam. Boleh juga pelihara ayam. Di belakang rumah kongsi ada sungai. Kau boleh menjala ikan. Kamu laki bini kan rajin berusaha, banyak boleh jimat belanja harian tu," ujarnya bersungguh-sungguh dengan nada memujuk. "Sekarang kamu anak-beranak tinggal menumpang satu bilik kan? Air dan letrik tiada. Anak-anakmu menjual kuih di tempat-tempat judi haram Esbok ni, sangat bahaya. Tiap hari Jenak bimbangkan keselamatan mereka. Apa boleh buat katanya, namanya cari rezeki. Kau pula, kerja tak tetap. Hari ini ada kerja, besok tiada. Besok kerja, lusa tiada. Terimalah kerja ni Bahar, walau gaji kecil, ia kerja tetap, tiap tahun naik gaji," sambungnya lagi. Bahar mendengar dengan teliti penjelasan Mandor Umar. Namun dia masih membisu seribu bahasa, matanya saja yang terkebil-kebil.

"Beginilah, tak perlu jawab sekarang. Fikirkan dulu masak-masak dan bincang baik-baik dengan Jenak. Pagi lusa, bagi jawapan sebelum jam 9. Kalau kau mahu kerja tu, aku bawa kau ke Jabatan Pertanian. Tapi, dengar nasihat aku, ini peluang paling baik, bukan senang dapat kerja dengan pemerintah. Fikirkan masak-masak ya. Mohonlah petunjuk daripada Allah Taala," kata Mandor Umar memberi peluang. Matanya berkaca-kaca penuh kesungguhan dan keihklasan.

Bahar bersandar di dinding. Matanya sekajap pejam, sekejap buka. Dahinya berkerut. "Allaaaaahuakbar....... la haula wala quwata illah bilLah......" sekali sekala terkeluar dari mulutnya. Jenak memerhati gelagat suaminya dengan ekor mata, sambil tangannya menguli adunan kuih. Bahar terus melayan fikiran yang menerawang, meneliti kembali keputusan berat yang nekad diambilnya...

Bahar meninggalkan Sebatik dan kem kayu balak; meninggalkan rumah kecil dan kebun kacang; meninggalkan gaji besar. Dia telah bermunajat memohon taufik daripada Allah yang Maha Mengetahui. Dia mengambil keputusan membawa keluarganya berpindah terus ke Tanjung. Dia perlu mengambil keputusan drastik ini demi dua orang anaknya yang sedang bersekolah di Tanjung. Cukuplah penderitaan dan kesusahan mereka, cukuplah juga derita yang melanda perasaannya dan Jenak.

Dia yakin keputusan ini adalah yang terbaik. Dia yakin, jika terus berusaha, dia dan keluarganya tidak akan kebuluran. Dia yakin, jika pandai berjimat-cermat wang simpanan, dia dan keluarganya boleh hidup sehingga mendapat pekerjaan yang sesuai. Dia yakin bahawa inilah laluan untuk mencari Masagena. Masagena bukan untuk diri dan isterinya sahaja, malah untuk anak-anak dan cucu-cicitnya. Jenak sangat keberatan menerima keputusannya untuk berpindah ke Tanjung. Bahar sangat memahami perasaan Jenak. Mereka bakal menghadapi pelbagai ketidaktentuan hidup bersama enam orang anak di tempat yang tidak dikenali. Tapi, Bahar sudah tetap pendirian dan sangat nekad. Keputusannya tidak dapat diubah lagi. Akhirnya, demi persekolahan dan masa depan anak-anak, Jenak menurut saja dan berserah kepada Allah Taala.

INI ADALAH DARI KEMULIAAN TUHANKUhttp://www.blogger.com/profile/15722519898333454514noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5680536351008365704.post-49244156149143898762011-12-11T20:06:00.000-08:002012-01-20T21:05:41.088-08:00Nekad Sepenuh Harapan

Sam dan Aya dihantar ke Tanjung untuk meneruskan persekolahan mereka. Dengan hati yang tersangat berat, Bahar dan Jenak melepaskan Sam dan Aya untuk meneruskan persekolahan di Tanjung. Berhari-hari Jenak menyapu air matanya yang tumpah. Kegusaran di hatinya melimpah bersama air matanya.... tidak terkatakan kebimbangannya.

"HasbunalLah wani'mal wakiyl, ni'mal maula wani'man nasiyr... Cukuplah Allah bagi kami dan Dialah sebaik-baik penjaga, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong..." doa Jenak setiap saat dengan linangan air mata. Doa yang diulang-ulangi hingga melegakan kebimbangan dan perasaannya yang tidak keruan.

Jenak tidak melepaskan anak-anaknya tanpa bekalan untuk sandaran. Bukan bekalan duit yang banyak.... tapi bekalan amalan dan usaha. Sam dan Aya diajar membuat kanji dengan tepung ubi; lalu diajar membuat kon kertas minyak menggunakan gam kanji; lalu diajar menggoreng kacang tanah; lalu diajar membungkusnya dalam kon kertas.

Jenak tidak perlu mengajar Sam dan Aya cara mengurus pakaian dan cara mengurus buku-buku pelajaran. Sam dan Aya sudah lama pandai menguruskan pakaian mereka satu keluarga. Jenak telah mengajar mereka sejak dulu lagi, dan mereka adalah anak yang sangat memahami erti tanggungjawab sebagai kakak. Mereka sangat berdisiplin dalam pelajaran. Buku-buku mereka terjaga rapi. Jenak sangat bersyukur kepada Allah Azza Wajalla.

Namun... "Siapalah yang akan menolong menyisirkan rambut Aya? Siapalah yang akan mengingatkan Sam dan Aya untuk menjaga kebersihan diri mereka? Siapalah yang akan menolong mencarikan kutu anak-anaknya? Apabila anak-anaknya datang bulan buat pertama kali, siapalah yang akan membimbing mereka? Siapa bakal mengajar mereka cara mandi wajib?.... Ya Allah, kuserahkan mereka kepadaMu, bulat-bulat kepadaMu.... Engkaulah pengurus mereka ya Allah, ya Rahman, ya Rahim." Jenak berdoa dan terus berdoa.

Bahar bersyukur kerana sahabatnya, Guru Wahab dan keluarga, sudi menumpangkan anak-anaknya di rumah mereka. Bolehlah mereka berjalan kaki ke Sekolah Kerajaan Bandar yang tidak jauh dari situ. Keadaan tidak mengizinkan Bahar berulang-alik mengunjungi mereka. Sebatik itu adalah sebuah pulau yang dipisahkan dengan Tanjung oleh perjalanan selama satu hingga dua jam dengan bot motor. Bergantunglah... jenis bot motor apa yang dinaiki. Kem kayu balak pula memberi cuti hanya sekali dalam dua bulan.

Kesian Sam dan Aya. Mereka menggoreng kacang tanah untuk dijual di sekolah setiap hari. Hasil jualan itulah yang mereka gunakan untuk belanja sekolah, agar mereka tidak putus wang. Seorang sahabat Bahar bernama Sudin dengan rela hati membekalkan kacang tanah untuk anak-anaknya. "Ya Allah, aku bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat yang baik.... Alhamdulillah..." hati Bahar selalu berbisik.

Empat bulan selepas itu, Sam dan Aya tidak dibenarkan lagi menumpang di rumah itu, kerana mereka bukan ahli keluarga. Rumah itu adalah rumah kerajaan, hanya untuk kakitangan kerajaan. Sudin telah membawa anak-anaknya ke rumah adik Jenak bernama Mading di Esbok. Sekolah Kerajaan Bandar sangat jauh dari Esbok, tidak seperti rumah Guru Wahab.

Masalah baru ini sangat serius. Bahar dan Jenak terkedu dibuatnya. Bagaimana anak-anaknya boleh berjalan kaki ke sekolah sejauh hampir sepuluh batu pergi dan balik? Bahar sangat pilu mengenangkan nasib Sam dan Aya yang terpaksa hidup tanpa ibu bapa di sisi. Mereka terpaksa berusaha sendiri untuk belanja sekolah, menguruskan diri sendiri - entah terurus baik entah tidak, menumpang diri dan kasih di rumah orang, di suruh pindah pula, menanggung pelbagai kesusahan...... kasihannya Sam dan Aya. Dada Bahar sering terasa ketat kerana menahan sebak memikirkan keadaan mereka. Dia juga dapat melihat Jenak tersiksa sepertinya, malah mungkin lebih hebat lagi daripadanya.

"Ya Allah, ini adalah taqdir Mu, kami terima dan redha. Namun kami sangat lemah dan tidak berupaya ya Allah. Tunjukkan kami jalan.... HasbunalLah wani'mal wakiyl, ni'mal maula wani'man nasiyr... Cukuplah Allah bagi kami dan Dialah sebaik-baik penjaga, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong..... Ya Allah, berilah taufikMu kepada kami..." doa Bahar dalam munajatnya.

INI ADALAH DARI KEMULIAAN TUHANKUhttp://www.blogger.com/profile/15722519898333454514noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5680536351008365704.post-55385770567314402362011-11-10T22:09:00.000-08:002012-01-20T21:05:16.500-08:00Bermulanya.... 1965

Dari tepi jalan, Bahar memandang ke halaman rumah. Tanaman kacang tanah tersusun rapi di halaman yang tidak seluas mana. Bunganya menguning, indah sekali pada pandangan matanya. "Tak lama lagi, akan dapat hasil.... alhamdulillah.." katanya kepada dirinya penuh kesyukuran dan pengharapan. Pintu dan tingkap rumah terbuka, tapi tidak kelihatan sesiapa, tidak isterinya, tidak juga seorangpun daripada enam orang anaknya.

Keadaan sunyi dan sepi. Tiba-tiba, suara Adun kuat dari dari dalam rumah, "Bapak balik! Bapak Balik!" Adun menuruni anak tangga lalu menerpa ke arahnya dengan laju. Adun satu-satunya anak lelakinya baru berumur empat tahun. Satu demi satu anak-anaknya muncul di ambang pintu rumah dengan wajah yang girang. Sam, Aya, Una, dan Sia. Isterinya muncul berdiri di belakang anak-anak, menggendong bayi mereka, Aba, berumur empat bulan. "Alhamdulillah.. alhamdulillah.." bisik hatinya bersyukur kerana mereka semua sihat walafiat.

Anak-anaknya sudah tidur. Jam di tangannya menunjukkan pukul 9.30 malam. Selepas Maghrib tadi, suara lantang tiga orang anaknya membelah kesunyian malam dengan alunan bacaan Qur'an. Demikianlah keadaan di rumahnya setiap hari, samaada ketika dia ada di rumah atau di kem kayu balak. Anak-anak jiran datang belajar mengaji Qur'an di waktu pagi dan petang. Anak-anaknya pula membaca Qur'an sekali lagi di waktu malam. Isterinya Jenak adalah seorang ibu sekaligus guru Qur'an yang sangat baik. Una baru mula belajar Muqaddam, sedangkan Sam dan Aya sudah lancar dan bertajwid membaca Qur'an besar. "Alhamdulillah.. alhamdulillah.." bisik hatinya bersyukur kerana mendapat isteri yang alim dan solehah.

"Kenapa Sam tidak ke sekolah tadi?" tanyanya kepada Jenak yang sedang menguli adunan tepung. Jenak membuat kuih untuk dijual olah Sam, Aya dan Una setiap pagi di Kem Asykar Sebatik. Setiap malam dia membuat kuih dengan tekunnya, diterangi oleh cahaya lampu minyak tanah. Cahayanya sekadar cukup untuk menerangi ruang rumah mereka yang kecil.

"Kapten Salim kata Sam sudah tamat di Sekolah Asykar Sebatik ini. Dia sudah pandai semua yang diajarkan. Sudah satu bulan dia behenti sekolah. Kalau nak sambung sekolah, Sam perlu ke Tanjung," Jenak memberi penjelasan. Kesedihan di hatinya bugar kembali mengenangkan anak sulungnya yang sangat cerdik itu tidak bersekolah. Umurnya sebelas tahun dan sepatutnya belajar dalam darjah lima. Sekolah Asykar Sebatik hanya ada darjah satu hingga empat sahaja.

Bahar diam. Setiap dua bulan dia meninggalkan keluarga untuk bekerja di kem kayu balak. Hampir semua urusan keluarga ditanggung oleh Jenak yang sangat sabar, cekap dan bertanggungjawab. Kompeni membenarkan pekerja balik empat hari saja dalam dua bulan. Pekerjaannya sangat berbahaya dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Dia pekerja berpengalaman dan kompeni menghargai keupayaannya dengan membayar gaji empat angka yang sangat lumayan.

"Sam sudah tamat di Sekolah Asykar Sebatik... Sam perlu ke Tanjung..." kata-kata Jenak terngiang-ngiang di telinganya. Sam anak sulungnya yang pandai dan rajin sekolah. Sam yang turut memikul tanggungjawab menguruskan keluarga. Sam yang cekap menjaga dan mengurus adik-adiknya. Sam yang pandai mengira hasil jualan kuih di Kem Asykar. Sam sudah berhenti sekolah. Sam baru berumur sebelas tahun dan tidak bersekolah.
INI ADALAH DARI KEMULIAAN TUHANKUhttp://www.blogger.com/profile/15722519898333454514noreply@blogger.com4